Latar belakang Utsukushii Inazuma

Single ini dilancarkan empat bulan selepas single sebelumnya, "Choco no Dorei". Single ini dikeluarkan dalam empat jenis: Jenis A, Jenis B, Jenis C, dan Jenis Teater. Meskipun mengandungi lagu-lagu yang sama, gambar sampul Edisi Terhad Jenis A, Jenis B dan Jenis C berbeza dari gambar sampul Edisi Biasa Jenis A, Jenis B dan Jenis C. Edisi Terhad mengandungi kupon yang boleh ditukarkan dengan tiket acara bersalaman seluruh Jepun, ditambah sekeping kad tukar asli dari 16 jenis kad tukar yang dihasilkan. Single kali ini berlainan daripada single SKE48 yang lain kerana semua lagu bahagian B dalam Jenis A, B, C dan Edisi Terhad berlainan.

Nama tajuk single ini telah diumumkan semasa AKB48 Super Festival di Stadium Nissan pada 8 Jun 2013.

Berkaitan